Salam..
Perjalanan pulang ke Malaysia memang memenatkan.. apatah lagi jumlah transit yang banyak.. 3 kali kena tahan masa inspection beg...
Tetapi semua tu tak penting asalkan aku dapat jumpa mama, abah apit dan anan.. memang saat yang menggembirakan..
Tapi saat yang menggembirakan tu jadi sedih bila sampai ja penang.. mama tak ada masa sambut tu.. pergi ke kereta dan nampak mama tengah tidur dalam kereta dan keadaan dia sangat lain... muka mama nampak pucat sangat.. badan dia lemah..
selepas salam dan peluk cium mama.. aku tanya pasal apa jadi macam ni??
muka semua orang berubah..
OK now I need an explanation... WHY this happen??
Masa dalam kereta apit cakap mama baru keluar daripada hospital.. just a fews days ago..
But why?? pasal apa mama masuk hospital? sebelum ni un telefon awat hampa tak habaq apa apa pun? apit cakap takut aku distracted dan risau sebab masa tuh tengah exam.. OK thnx to that.. Alhamdulillah I passed.. ok now go back to the topic..
Mama masuk hospital sebab dia tak lalu makan dan tak tenaga langsung and then tak boleh jalan.. ada banyak corns bawah kaki dia.. lepas masuk ja hospital.. doktor amik darah dia and dapat tahu yang mama ada Chronic kidney disease (renal parenchymal disease).. lepas tengok lab report mama.. renal function test reveal creatinine level dan urea level sgt2 lah tinggi.. dan performance kidney tinggal 7% ja.. ok tinggal 7% saja? macam mana dh tinggal 7% baru detect ni?? doktor tu cakap sebab tak ambil darah sebelum ni so tak tahu lah.. habis tu yang mama dok pi jumpa dia selalu tu dia buat apa? geram nya.. apit cakap doktor tu kata cause of this kidney failure is arthritis.. arthritis leh causing kidney failure ker? ya especially rheumatoid arthritis.. n this also causing by the treatment of RA.. sebab mama sebelum ni ada RA..
sekarang mama kena dialysis seminggu 3 kali.. kesian sangat tengok dia.. dia tak boleh pergi sekolah mengajar.. kadang2 dia dok ingat student2 dia macam mana lah.. dah nak spm.. huhu..
and right now she hospitalized again.. and this because she has severe anemia.. hemolytic anemia.. BP drop, RBC drop, WBC drop, platelet drop.. huhu..
alhamdulillah.. semalam BP mama dh normal sikit dan mama kena buat blood transfusion.. disebabkan WBC drop, mama dapat infection.. iaitu fungal infection.. i ask doktor why her WBC count drop (leukopenia)? doctor cakap disebabkan ubat yang dia amik selama ni.. azathioprine (drug for RA).. benda tuh kalau long term use boleh sebabkan leukopenia.. Apsal aku tak check ubat ni ya? apsal aku x tahu? Aku dok bagi ja kat mama.. tiba2 mama jadi camni.. sedih sgt2.. semuanya disebabkan ubat and aku dok bagi dia makan... owh.. bahayanya drug ni..huhu
sekarang aku dok umah tok aku sebab mama masuk hospital lagi.. aku tak boleh nak teman sebab dia dok ICU/HDU.. depa tak bagi orang temankan.. harap mama cepat sembuh dan kembali macam selalu.. insyaAllah.. doakan mama tak hilang semangat.. dan sentiasa mengharap pertolonganNYA.. semoga Allah sentiasa bersamanya..
Thursday, August 19, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)

