Thursday, August 20, 2009
mana m00d?
Wednesday, July 29, 2009
Perasaan apekah?
Barangkali kerana melihat rumah kosong..
Barangkali kerana melihat kawan2 pergi meninggalkan diri nie..
Barangkali kerana terdengar bunyi sang kipas berpusing laju..
Mungkin ni hanya mimpi atau kenyataan..
x tawu perasaan apekah?
mungkin barangkali sedang lapar..
Haha.. makanan di dapur mungkin jadi habuan si plastik sampah..
si tuan punya pergi meninggalkannya tanpa sebarang pesan..
mungkin dia juga sunyi barangkali...
Tapi ada juga suara yang sedang memanggil...
Sunyi apekah un?
Engkau x sedar barangkali..
Ada yang setia bersamamu...
Dikala sunyi engkau sering terlupa...
Fikir2kan lah..
Jangan, jangan sesekali lupa padanya..
Kerana padaNya, sunyi tidak lagi menyelubungimu...
Mode: Kenyang makan makaroni huda.. thnx huda.. sedap..
Happy coz kuar ngan Aisyah g masyiah..
Serabut pasal rumah.. huhu
Monday, July 27, 2009
Macam2 Ada..
Dengan kalam Allah yang mulia ku mula berbicara...
Setiap pelajar yang tinggal di oversea pasti akan bawa balik 'something' untuk orang tersayang mereka kat Malaysia kan..
orang cakap x salah kalau berbelanja lebih sikit untuk orang yang tersayang..
ni antara barang2 yang akan aku bawak balik Malaysia nanti.. InsyaAllah..
Family
1. Abah
- Baju Kemeja
- Baju T-shirt
- Tasbih
- Kopiah
2. Mama
- Asfour
- Jubah
- Bag
3. Anan
- T-shirt Mesir
- T-shirt Lain
-Kopiah
4. Apit
- T-shirt Mesir
- Jaket (insyaAllah dlm proses mencari)
- Kopiah
5. Maktok
- Jubah
- Asfour
6. Yan
- Asfour
- Kopiah
- Jubah (InsyaAllah)
Saudara Mara
1. Makcik2
- Jubah
2. Pakcik2
-Kopiah
3. Sepupu
- Gelang2
- T-shirt
- Tudung Mesir
4. Umum
- Kurma
- Kekacang
- Buah Tin
- Buah Aprikot
- Pyramid Kristal
- Papyrus
Kawan2
1. Asfour
2. Kurma
3. Kekacang
4. Keychain
Sekolah
1. Kurma
2. Papyrus
Doakan Un selamat sampai di Malaysia 1hb Ogos nanti...
Dan akan sampai di Penang 2 hb ogos InsyaAllah.. Kena Tunggu sehari untuk penerbangan domestik.. huhu..
Sunday, July 26, 2009
finally.. i'm packing home..
i'm back..
Hadiah2 korang bagi memang unik.. ada meaksud yang tersendiri.. thanx..
2. Thanx to Bie kerana sudi menemaniku balik nanti 1 hb ogos nanti.. aku mintak maaf kalau aku mengecewakan hati ang untuk balik awal.. sori bie.. tapi aku ada sebab2 tertentu.. huhu.. bie thanx.. aku sayang ang..
3. Thanx kepada semua kawan2 Dur 6.. Kita hidup bersama selama setahun memang bagi banyak kenangan pada aku.. Aku orang terakhir balik ke Malaysia untuk dur kita.. jadi aku dapat jumpa korang semua sebelum balik.. cuma Anis.. aku x sempat jumpa ang.. Aku mintak maaf banyak2 selama kita tinggal kat Dur 6 nie.. THANX to ALL DUR 6.. Thanx to dib (my roomate), asma, saibah, keynah, manju, nisah, yusma, zahirah, feq, madi, hajar, faz, dibah, anis, areqa, farhana, ayu, aisyah, munira, jibah, hum kerana bagi banyak sangat pengajaran n kenangan pada aku.. korang mengajar erti ukhwah pada aku.. THANX semua..
Doakan aku berjaya naik Tahun 2 Sebagai pelajar Medix Iskandariah, InsyaAllah..
Jumpa korang bila balik Mesir nanti pada bulan 10.. InsyaAllah...
Friday, July 3, 2009
Auto Shut Down.. Boom!!


Bye2..
Monday, June 29, 2009
Exam Fever~~

Wednesday, June 24, 2009
Punya Kawan..

Sunday, June 21, 2009
Kebahagiaan si pendownload tegar..
Terdengar gelak tawa dan bunyi si mesin pengisar...
Mengisar pelbagai bahan untuk di jadikan juadah pada malam esoknya..
Terdengar juga bunyi pisau sedang menghentak2 papan pemotong..
Irama yang begitu syahdu..
Teringat kembali di malam raya...
Lantas beg merah dibuka...
Mengeluarkan isinya iaitu sekeping benda hitam..
Benda hitam disambungkan ke plug..
Lalu terpancar cahaya yang sudah sekian lama kelam..
Internet Connected: MALAY-F6
Bestnyer..
Perasaan x dapat digambarkan..
Persambungan Kembali dengan dunia luar..
Akhirnya......
Thursday, June 4, 2009
G.P.?? Kaukah tu??
Tuesday, June 2, 2009
TrAuMA !!
Rumah kelihatan sunyi...
Apa pasal???
Imtihan tengah hari nie la..
Semua tengah mengadap buku la tuh..
tak kan tv kut..
Terasa dipaksa..
Paksaan menerjah nerjah..
Bacaan belum selesai..
Hati berat..
Tapi digagahi juga..
Tahu dia menunggu.. (cadaver) (kelas prac Anat)
Rindu padanya jua..
Kaki dilangkahi dengan cepat..
Seorang diri.. tanpa sebarang teman..
Di persimpangan..
Kedai A'sir melambai lambai dari sebelah sana..
Kaki terus melangkah..
Sampai pertengahan jalan...
Seperti biasa..
Tips pertama yang diajar diguna pakai..
Tips:
1. Sewaktu melintas jalan di Mesir, Jangan sesekali Anda berpatah balik.. Anda perlulah move forward.. terus saja kerana kenderaan akan menjaga Anda..
2. Kalau ternampak orang Arab hendak melintas, hendaklah Anda mengikut mereka melintas bersama.. kerana mereka lebih PRO..
3. Anda tak payah penat2 nak cari lampu isyarat mahupun jejantas untuk melintas.. kerana di sini, lampu isyarat hanya memberi isyarat tetapi tiada siapa yang ikut..
Malangnya...
Tips yang dibeli..
Dijual pada waktu yang salah..
Situasi Pertama..
Sebuah lembaga biru..
Nama jolokan BMW..
Yang meluncur laju..
Terpaksa menekan brek kecemasan..
Situasi Kedua..
Satu tubuh manusia..
Terpaksa melakukan aksi Lompat Jauh..
Ke penjuru jalan yang berdekatan..
'Flight and fight situation' berlaku..
Situasi pertama dan kedua bertembung..
Syukur pada Yang Esa..
Hanya kaki manusia dan lampu sisi lembaga biru yang bertembung...
Menyebabkan tubuh manusia jatuh ke penjuru jalan..
Pain receptor menghantar isyarat ke neuron dan ke otak..
Aduh sakit...
Pakaian disapu-sapu..
Tiada bahagian yang koyak..
Syukur..
Pemandu BMW yang begitu prihatin..
Bertanya-tanya jika ada kecederaan..
Malu menguasai diri..
Sakit yang dirasakan dikatakan OK..
Terus bangun..
Sambung perjalanan ke Kuliah Tibb..
Dalam perjalanan muhasabah diri..
Sambung bacaan dalam perjalanan..
Cadaver menungguku..
Jom ke Kelas Anat..
Moral of the story:
1. Jangan cuai.. Nanti memakan diri sendiri..
2. Di Malaysia, Kita diajar cara melintas jalan dengan berhemah.. Peraturilah.. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang..
3. Setiap perkara yang berlaku pasti ada Hikmahnya yang tersembunyi.. Mungkin perkara ni akan mematangkan seseorang.. ataupun memberi pengajaran pada seseorang.. Harap perkara yang berlaku dapat memberi iktibar dan pengajaran di masa hadapan.. insyaAllah..
4. Bersyukur di atas nikmat yang diberikan Allah.. iaitu nikmat Islam dan nikmat sihat.. Ingatlah lima perkara sebelum Lima perkara... sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit.. Hidup sebelum Mati..
Moga setiap perkara yang berlaku pada hari ini, dijadikan panduan dan pengalaman hidup bagi menempuh liku2 hidup di masa depan kelak.. insyaAllah..
Semua yang baik datang daripada Allah.. apa yang buruk, datang dari diri saya sendiri..
Apa yang baik dijadikan panduan, Apa yang buruk dijadikan teladan.. Assalamualaikum..
Thnx for being such a wonderful Friends to me..
Monday, June 1, 2009
Senyap jer!!
Suka duka dan gelak tawa bermain2 riang di kepala..
Lalu bangun dan pergi menjenguk jiran di tingkat yang sama..
Pintu jiran dibuka dengan cepat..
Penghuninya belum dibuai mimpi walaupun malam sudah petang..
Masing2 memegang buku dengan erat dan menelaah..
Terdapat banyak buku berselerakan di mana2...
Menarik nafas..
Lalu..
Ucapan diberi kepada semua..(Selamat Ulangtahun Pertama Persahabatan)
Semua terkesima..
Kelihatan Ucapan dibalas dengan senyuman..
Gembira tanpa kata2..
Masing2 memikirkan status YM..
Kemudian kembali dengan bacaan semula..
Malam kembali sunyi..
Kembali ke bilik..
Senyum sendirian..
Menyambung bacaan sehingga tertidur..
NOTE: Moga Ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya.. InsyaAllah.. UKM in Memory..
Rabbuna Yunaggah untuk Exam integrated esok..
Rindu kawan2 di Malaysia... Pish, Mira, Syikin, Che nad, Jan n Eza..
Adakah korang rindu pada aku juga?? huhu
Wednesday, May 27, 2009
~Palestine Evergreen~
Bersyukur kerana masih dalam nikmat Islam dan Iman..
Untuk maklumat lanjut tntang kempen: http://palestineevergreen.blogspot.com/

Anjuran: Jabatan Bendahari Perubatan Cawangan Iskandariah
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA:
“Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau (sebelum dia kasihkan jiran tetangganya), sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri “. (Hadis Sahih Muslim)
Bersama Menelusuri Semangat Para Syuhada..
Friday, May 15, 2009
Sanah Helwah Ya Hajar..
Juz nak wish selamat hari lahir Hajar..
Semoga ceria selalu.. Harap jadi insan yg lebih matang.. insyaAllah..
Dah lama perkenalan kita nie.. dari sekolah menengah smpai ke Alex nie..
Dulu selalu naik bas sama2 ms skolah.. kadang2 teringat sekolah.. rindu zaman sekolah dulu.. rindu cikgu2, kawan2.. yg paling x leh lupa kenangan masa kat skolah dulu lah.. hehe.. ang suka ty kat ak byk soalan smpai ak x taw nk jawab..huhu.. ang mmg rajin.. smpai ke perhimpunan pun ang ada soalan nak ty.. kalu teringat balik.. mmg pastut la ang dpt result excellent kalau nk dibandingkan ngan ak.. haha.. tuh semua dulu.. kenangan zaman muda.. haha sekarang ang dh tua.. ak muda g.. kih2..
n then ke tempat persediaan yg sama.. kat UKM buat persediaan arab..roomate lak tuh.. haha.. sn ak baru blajar nek bas express.. sblm ni mn penah nak nek bas.. sumer apa apa mak n ayah.. ak balik ngan sapa?? ngan hajar jugak..kalu x tiap2kali nk balik kena la mak n abah mai amik un.. situ mn ada budak penang kat UKM yg nak balik skali.. hehe.. ang la.. ada skali tuh ingt x ms kita nk balik.. cuti seminggu dr Rahim Kajai.. ang demam masa tuh.. risau ak.. sebab dlm bas ang menggigil smpai la Penang.. haha.. ak x taw nk wat cmna.. sbb masa tuh ak x jadik doc g..haha.. ak tgk ja ang tnpa wat papa.. juz tarik ja sweater ang tuh.. sian ang masa tuh.. sori sangat2 yerk...
n then sampai sini ke bumi Mesir ni pown skali.. hehe.. ntahlah.. sn mybe ak x paham sgt ang.. mybe sbb ang dah x sm section, kuliah n bilik skali kut.. jadik.. tp papown kalau x dak ang, saby.. x der la owg ak nk kongsi pengalaman nagan ak masa skolah2 dulu...
Lastly..
SANAH HELWAH HAJAR..
Happy coz Allah give a Friends like u.. semoga sukses slalu..
Bakal2 doc.. InsyaAllah..
Wednesday, May 13, 2009
Masaku berlalu !!
Assalamualaikum..Life goes on.. and TIme goes by..
Ak masih disini.. Menanti tibanya hari yg dinanti..
InsyaAllah hari tu akan tiba..
Sedang diri ku sibukkan dengan masa yg kuhabiskan..
Dan ku tahu masa yg lepas x akan kembali..
Dan masa yg akan datang terus menerus menerjah sehingga x daya ku hentikan..
TApi ku ingin masaku yang lalu kembali..
Tapi hatiku x sabar menunggu tibanya hari nanti..
Jadi apa yg perlu ku lakukan..
Agar kedua2nya x ku siakan..

Benda yg perlu dilaksanakan sblm tibanya hari climax sibuk..
1. Siapkan semua assignment yg melambak kat atas kat katil.. (biochem, histo, PBL n tmbahan physio n anat- akan tiba)
2. Study jgn tinggal.. tp rasanya dh banyak tinggal..huhu..
3. Hentikan addicted pada movie buat sementara waktu.. ( yg baru download tg jap erk)
4. Kurangkan lawatan dan pemantauan ke bilik2 jiran... ( sbnrnya nk bagi peluang korang mlawat ak..hehe)
5. Kurangkan tidur..(susah nie..)
6. Kurangkan lawatan ke dapur untuk mencari makanan.. (dlm usaha) (dh cuba dulu- tp x berjaya)
7. Jgn tangguh2 kalu nak cuci bilik or basuh baju..(serang kalu mesin basuh empty)
8. Jangan cakap ja.. kena buat..

Mudah mudahan sentiasa istiqamah dalam apa jua yg dilakukan.. insyaAllah..
Sunday, April 12, 2009
Aku Dan Bantal..
1) Memeluk Bantal
Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.
Mereka mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan,muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi.
Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan.
Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik.
Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat ego.
Mereka juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2.
Mereka tidak suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yg sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
Bantal oh bantal!! Tidurku takkan sempurna tanpamu!!
Bagaimana kita tidur dan bagaimana kita berkomunikasi dengan bantal adalah hak individu.. jadi just bagi info n have fun.. tidur yang cukup dan bukan berlebihan dapat memberi tenaga yang maksima untuk hari esoknya..
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:
"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Tidur dan rehat yang berpatutan adalah ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Tapi ingat jangan pulak tidur berlebihan..
Tulis post nie.. tiba2 teringat akan Panjang.. Apa Panjang buat sekarang yerk?? macam mana keadaan Panjang sekarang yerk.. Tukar selalu x baju baru?? hehe.. rindu sgt dengan panjang yg jauh nun di Malaysia.. Panjang walaupun kita dipisahkan oleh dua benua yang berbeza, ku akan bawa kamu nanti ke sini.. Agar kau tahu betapa jauh jarak yg memisahkan kita selama ni..hehe.. Panjang jangan nakal2 taw.. dengar pesan anan.. haha nanti anan dh g asrama mesti panjang dok sowang2 kan.. x per2 nanti un balik yerk..
Post nie khas untuk Baby yg dh nak meningkat umurnya esok n Panjang yg skang dh umur berpa.. rasanya dh 4 tahun kan.. tul x panjang??.. Sanah Helwah ya Gamil tuk Baby.. hehe.. Jangan nakal2 taw nanti.. Baby dh besar..
Friday, April 10, 2009
Happy vs Rindu..
Alhamdulillah kita dapat lagi mengecapi nikmat iman dan Islam.. Moga2 kita dapat menjadi golongan yg sentiasa bersyukur..
Time passes by.. life goes on.. still have a great moment with the beloved one..hehe.. currently listening to Arabic song from neighbour's radio.. Amu.. perlahankan sikit.. kami nak study nie.. sok exam pathology.. but in the middle of buku patho and radio's voice.. the atmosphere still Happy...
Di kesempatan yg sempit ni.. masa yg dikhaskan perlu digunakan dengan sebaiknya.. Alhamdulillah.. result dah keluar.. And apa yg dapat memang x dijangkakan.. Bersyukur sangat2 berkat doa family and kawan2... Bersyukur kepada Allah kerana mendengar doa hambaMu ni.. Ya Allah sumgguh besar nikmatmu... Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (QS 16: 18).

Hari ni juga dapat dengar suara mama even x jelas.... dh lama x tgk webcam mama.. rindu sgt2.. tp dapat satu berita dr mama.. happy for anan.. my brother.. akhirnya dapat jugak dia sekolah asrama penuh.. haha.. Happy sangat kat Anan.. Congratz ya.. un x dapat dengar suara Anan.. hehe.. nanti x dapat la nak dengar suara anan angkat telefon dah.. Anan dah g sekolah asrama... Harap anan dapat jadi shabab yg berguna untuk family, agama n bangsa..InsyaAllah.. hehe.. un Rindu sgt anan.. x taw kenapa.. jaga diri elok2 nanti bila dah g asrama.. jangan buat perangai budak2 tuh dh.. Anan dh besar.. Dh form 1.. huhu.. nk dengar suara anan dulu sebelum g asrama nnt..
Mama sok un exam patho.. un tahu kalu un x cakap pun.. mama kata mama sentiasa doakn un.. Un minta maaf kalau un selalu cakap suh mama dokan un.. Sian mama.. semoga Mama sentiasa sihat.. Jangan buat keje berat2 sangat.. mama tu x sihat.. Abah un pun rindu sgt2 kat abah.. Abah selalu balik lambat sgt keje.. kalau letih rehat taw..
Hari tu gak dapat cakap ngan apit.. hehe dlm ym.. Apit sekarang dh kurus yer.. keje kuat sgt kut.. hehe.. jaga mama and abah baik2 yerk.. insyaAllah un balik nanti.. rindu sgt nak makan paih abah and gulai ketam mama.. huhu.. Happy dapat family yg begitu bahagia..

Ok setakat ni jer dulu.. esok exam Pathology.. Rabbuna yunajjah semua..
Monday, March 30, 2009
AntAra PaSiR dAn Batu...
Bersyukur juga sbb dpt kawan2 yg amat sporting dan ambil berat.. even kdg2 mybe kita ader la kecik hati pd sapa2.. hehe.. ada stu citer yg menarik yg nk dikongsi.. diambil drpd cerita2 motivasi..
Suatu masa dahulu.. ntah lah bila.. ader 2 org kawan yg mengembara di padang pasir.. suatu hari 2 org kawan tersebut bergaduh.. sbb2nyer x diketahui lah plak.. hehe.. pastuh akibat bergaduh nie.. seorang kawan nie menampar kawannya yg sowang lg tuh.. dan kawan yg ditampar tuh tanpa berkata apa apa terus dia menulis atas pasir di padang pasir tuh... "HARI NI KAWAN AKU (si polan) TELAH MENAMPAR AKU".
Kawan yg menampar tuh berasa pelik tetapi dia hanya mendiamkan diri.. selepas beberapa hari daripada kejadian tuh mereka singgah di sebuah oasis.. kawan yg ditampar hari tuh semasa tgh berenang renang di oasis tuh.. tiba2 atas beberapa masalah dia lemas.. kawan yg seorang lagi iaitu yg menampar ari tuh telah selamatkan kawannya drpd lemas... dan selepas kembali kepda normal.. dia trus menulis di ats sebuah batu yg besar.. "HARI NI KAWAN AKU (si polan) TELAH MENYELAMATKAN AKU".. hehe..
nk tawu pa jdk lpas tuh?? kawan tuh pun bertanyakan tntang hal nie kpd kawannya.. Mengapa engkau menulis di atas pasir semasa ak menampar kamu dan bila ak menyelamatkan kamu semsa lemas kamu menulisnya di ats batu?? Kawannya sambil senyum menjawab.. Aku menulis di atas pasir supaya angin kemaafan dpt menghilangkan apa yg kamu buat iaitu menamparku.. dan ak menulis di ats batu supaya perbuatan baikmu dpt ku kenang hingga akhir hayat ku..
apa yg kita dpt daripada citer nie?? stahu sy lah bila kita terlalu memndam perasaan dendam or kecik ati kita pada seseorang tuh, kdg2 kawan kita seniri.. akhirnya kita seniri yg menderita.. mcm citer cg sy ms tadika dulu.. kita nie mcm kita bwk pisang.. kalu kita bwk pisang yg elok.. sumer leh berkongsi n kita pun gembira.. tp cuba byngkan kita bwk pisang yg busuk.. org pown x mau dok ngan kita apatah lagilah nk pisang tuh.. hehe.. hati kita kalu elok elok jasad tersebut, kalu buruk buruklah jasad tersebut..citer nie jgk byk memberi maksud yg mendlm kepada sy seniri.. sy sedar kalu kita terlalu memndam perasaan n x puas hati pada sp2.. lagi lah menyebabkan kita x leh nk stadylah .. n mcm2 lg.. bykkan berzikir n berdoa kepda Allah..
kadang2 kita tertanya, mengapa kita diciptakan dan diuji oleh Allah, sedangkan Allah lebih mengetahui bahawasanya kita akan tersungkur, terclar, dan menangis... rupa rupanya, air mata itulah yg didamkan Allah dari hamba hambanya yg terleka..... itulah serba sedikit yg leh dikongsi bersama... lastly thnx for being y frenz.. hehe.. sowi kalo ader terbuat slh kat sp2.. especially kwn2 satu syaah 6 nie.. n kwn2 skolah lama.. maaf dipinta ats kekhilafan diri... bt dib sowi sgt2 sbb dpt roomate yg byk kekurangan nie...
Assalamualaikum..
Wednesday, March 25, 2009
Permulaan Yg Dinanti..

Mata untuk melihat..
Telinga untuk mendengar..
Lidah untuk berkata2..
Hati untuk membezakan yang mana hitam yang mana Putih..
Jadi diri ini berharap dapat gunakan nikmat yg diberikan pencipta dgn sebaiknya dan akan dicoretkan dlm laman nie..InsyaAllah..
Bersyukur akhirnya.. siap jugak post yg pertama.. diharap dpt update post yg seterusnya..
Salam..

