Wednesday, June 24, 2009

Punya Kawan..

Bebear: Un..un.. Hari ni ku punya kawan baruu..

Un: Siapa dia?

Bebear: Ni.. Namanya Tomey..
Un: Lowh.. Dh kenal rupanya.. Baru nk kenalkan..
Bebear: Hehe.. kami bukan setakat berkenalan.. siap bergambar lagi.. hehe.. Ni tengok gambar kami.. Comel x?? Ntahlah.. Pagi td tiba2 ak jaga.. ada sumthin sebelahku.. Dh la warna oren.. Takut ak.. Rupa-rupanya kau yg bawanya pulang..


Un: Bebear putih.. Tomey oren.. un..ehem2.. Gandingan yang mantap..hehe

Bebear: un..un.. mcm mn Tomey ada kat sini?

Un: Hehe.. ada org hadiahkan dia pada aku... Nak tawu sapa??

Bebear: Nak2..

Un: Fiza yang hadiahkan.. Appreciate sgt2.. Thnx kat Fiza sbb Bebear skang dh ada kawan baru.. Hehe.. suka x???

Bebear: Suka.. suka..

Un: Thnx korang sumer sbb sudi jadik kawan Un.. sentiasa support n x penah boring disampingku..

Credit untuk kawan2 UKM.. UKM Gathering mmg best.. Korang memang best.. Sentiasa support & sporting.. Gempaks.. nnt ak masukkan gambar yerk..

Sunday, June 21, 2009

Kebahagiaan si pendownload tegar..

Suasana di luar bilik agak riuh..
Terdengar gelak tawa dan bunyi si mesin pengisar...
Mengisar pelbagai bahan untuk di jadikan juadah pada malam esoknya..
Terdengar juga bunyi pisau sedang menghentak2 papan pemotong..
Irama yang begitu syahdu..
Teringat kembali di malam raya...

Lantas beg merah dibuka...
Mengeluarkan isinya iaitu sekeping benda hitam..
Benda hitam disambungkan ke plug..
Lalu terpancar cahaya yang sudah sekian lama kelam..

Internet Connected: MALAY-F6
Bestnyer..
Perasaan x dapat digambarkan..
Persambungan Kembali dengan dunia luar..
Akhirnya......

Thursday, June 4, 2009

G.P.?? Kaukah tu??

Lagu intro 'atashinchi' berdendang,
Tepat pukul 4.30 pagi..
Memecah kesunyian pagi..
Memecah lamunanku pada skrin komputer..
Bising lah phone nie..
Macam mana ni??
Assignment belum siap..
Anatomy assignment n Physiology pada masa yang sama..
Kusut2.. (sambil garu2 kepala)
Tiba2..
BUZZ..
Ting tong!!
Salam alayk..
Sapa lak ni..
Pagi2 buta nie..
Takkan buzz suh aku antar assignment kut..
Kepala kusut apabila ym mengeluarkan bunyi.. BUzz...
Mata mengintai..
Nama yang terkeluar di skrin..
G. P.??
Tiba2 kepala yang kusut..
Mula terurai sedikit demi sedikit..
Ingat juga kau kat ak yerk??
Dh lama x contact..
Aku ingat kau marah kat aku..
Sejak peristiwa dulu..
Aku takut tanya depan2..
Mungkin trauma masih menguasai diri..
Aku hanya berlapik dgn menggunakan orang tengah..
Semua rasa bercampur baur..
Bagaikan adunan bater untuk membuat cucur..
All mix together in 1..
Gembira, sedih, terharu n rindu..
Tiba2..
Talian diputuskan..
Kemana kau menghilang..
Mungkin kau ada hal yang lebih penting untuk dilakukan..
Aku disini sentiasa menunggumu..
Suatu hari kita pasti bertemu..
Dalam pertemuan 4 mata..
Waktu itu..
X dapat ku gambarkan perasaanku..
SAHABAT..
Sesungguhnya ukhuwah itu,
Bukannya terletak pada pertemuan,
Dan bukannya juga terletak pada manisnya ucapan..
Tetapi..
Terletak pada ingatan seseorang itu..
terhadap saudaranya..
dalam doanya..
Sahabatku..
Adakah kemungkinan untuk kita bertemu lagi??
Adakah lagi kesempatan untuk kita bersama selama-lamanya??
Hanya Allah yang menetukan segalanya..

Tuesday, June 2, 2009

TrAuMA !!

Pagi Selasa yang indah..
Rumah kelihatan sunyi...
Apa pasal???


Imtihan tengah hari nie la..
Semua tengah mengadap buku la tuh..
tak kan tv kut..


Terasa dipaksa..
Paksaan menerjah nerjah..
Bacaan belum selesai..
Hati berat..
Tapi digagahi juga..


Tahu dia menunggu.. (cadaver) (kelas prac Anat)
Rindu padanya jua..
Kaki dilangkahi dengan cepat..
Seorang diri.. tanpa sebarang teman..


Di persimpangan..
Kedai A'sir melambai lambai dari sebelah sana..
Kaki terus melangkah..


Sampai pertengahan jalan...
Seperti biasa..
Tips pertama yang diajar diguna pakai..


Tips:
1. Sewaktu melintas jalan di Mesir, Jangan sesekali Anda berpatah balik.. Anda perlulah move forward.. terus saja kerana kenderaan akan menjaga Anda..

2. Kalau ternampak orang Arab hendak melintas, hendaklah Anda mengikut mereka melintas bersama.. kerana mereka lebih PRO..

3. Anda tak payah penat2 nak cari lampu isyarat mahupun jejantas untuk melintas.. kerana di sini, lampu isyarat hanya memberi isyarat tetapi tiada siapa yang ikut..


Malangnya...
Tips yang dibeli..
Dijual pada waktu yang salah..


Situasi Pertama..
Sebuah lembaga biru..
Nama jolokan BMW..
Yang meluncur laju..
Terpaksa menekan brek kecemasan..


Situasi Kedua..
Satu tubuh manusia..
Terpaksa melakukan aksi Lompat Jauh..
Ke penjuru jalan yang berdekatan..
'Flight and fight situation' berlaku..


Situasi pertama dan kedua bertembung..
Syukur pada Yang Esa..
Hanya kaki manusia dan lampu sisi lembaga biru yang bertembung...
Menyebabkan tubuh manusia jatuh ke penjuru jalan..


Pain receptor menghantar isyarat ke neuron dan ke otak..
Aduh sakit...
Pakaian disapu-sapu..
Tiada bahagian yang koyak..
Syukur..


Pemandu BMW yang begitu prihatin..
Bertanya-tanya jika ada kecederaan..
Malu menguasai diri..
Sakit yang dirasakan dikatakan OK..


Terus bangun..
Sambung perjalanan ke Kuliah Tibb..
Dalam perjalanan muhasabah diri..
Sambung bacaan dalam perjalanan..
Cadaver menungguku..
Jom ke Kelas Anat..


Moral of the story:

1. Jangan cuai.. Nanti memakan diri sendiri..

2. Di Malaysia, Kita diajar cara melintas jalan dengan berhemah.. Peraturilah.. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang..

3. Setiap perkara yang berlaku pasti ada Hikmahnya yang tersembunyi.. Mungkin perkara ni akan mematangkan seseorang.. ataupun memberi pengajaran pada seseorang.. Harap perkara yang berlaku dapat memberi iktibar dan pengajaran di masa hadapan.. insyaAllah..

4. Bersyukur di atas nikmat yang diberikan Allah.. iaitu nikmat Islam dan nikmat sihat.. Ingatlah lima perkara sebelum Lima perkara... sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit.. Hidup sebelum Mati..

Moga setiap perkara yang berlaku pada hari ini, dijadikan panduan dan pengalaman hidup bagi menempuh liku2 hidup di masa depan kelak.. insyaAllah..

Semua yang baik datang daripada Allah.. apa yang buruk, datang dari diri saya sendiri..

Apa yang baik dijadikan panduan, Apa yang buruk dijadikan teladan.. Assalamualaikum..

Thnx for being such a wonderful Friends to me..

Monday, June 1, 2009

Senyap jer!!

Tepat pukul 12 malam.. tiba2 ingatan kembali ke masa lalu..
Suka duka dan gelak tawa bermain2 riang di kepala..
Lalu bangun dan pergi menjenguk jiran di tingkat yang sama..
Pintu jiran dibuka dengan cepat..
Penghuninya belum dibuai mimpi walaupun malam sudah petang..
Masing2 memegang buku dengan erat dan menelaah..
Terdapat banyak buku berselerakan di mana2...
Menarik nafas..
Lalu..
Ucapan diberi kepada semua..(Selamat Ulangtahun Pertama Persahabatan)
Semua terkesima..
Kelihatan Ucapan dibalas dengan senyuman..
Gembira tanpa kata2..
Masing2 memikirkan status YM..
Kemudian kembali dengan bacaan semula..
Malam kembali sunyi..
Kembali ke bilik..
Senyum sendirian..
Menyambung bacaan sehingga tertidur..

NOTE: Moga Ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya.. InsyaAllah.. UKM in Memory..
Rabbuna Yunaggah untuk Exam integrated esok..

Rindu kawan2 di Malaysia... Pish, Mira, Syikin, Che nad, Jan n Eza..
Adakah korang rindu pada aku juga?? huhu