Wednesday, May 27, 2009

~Palestine Evergreen~

Assalamualaikum..
Bersyukur kerana masih dalam nikmat Islam dan Iman..
Sedikit muhasabah diri

Aku disini dihujani pelbagai assignment untuk kebaikanku,
Tapi saudaraku di Palestin dihujani peluru dan bom yang menghancurkan rumah dan keluarga mereka..

Aku di sini begitu selesa tinggal di hostel yang ada semua keperluan dan bekalan elektrik mahupun air, tetapi masih bising jika diputuskan bekalan itu...
Tapi saudaraku di Palestin, segala keperluan mereka disekat, air elektrik dan juga makanan, tetapi sedikitpun mereka x mengeluh,
Aku disini cepat benar putus asa dan akan memilih jalan pintas,
Tapi saudaraku disana, x kenal erti putus asa, sentiasa berdoa dan berharap pada yang Esa..
Aku disini begitu rindu pada emak, ayah dan abang adik dan kawan2 di Malaysia.. Bila rindu ku menangis..
Tapi saudaraku di Palestin, mereka juga sepertiku, rindu pada keluarga yang pergi menginggalkan mereka.. tapi mereka redha dan masih tersenyum tatkala satu2 ahli keluarga mereka syahid.. kerna mereka yakin syurga menanti bg para syuhada..

Tapi sedar x sedar apa yang aku lakukan untuk mereka.. langsung tidak.. tambah2 dengan kesibukan sekarang.. Aku hanya fikir masalah ku sendiri.. Alangkah hinanya aku.. Kempen nie banyak menyedarkan aku..

Marilah sama2 join...
Kempen Palestine Evergreen


Untuk maklumat lanjut tntang kempen: http://palestineevergreen.blogspot.com/



Tema: "Scent of Palestine , Scent of Jannah"

Anjuran: Jabatan Bendahari Perubatan Cawangan Iskandariah


Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA:
“Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau (sebelum dia kasihkan jiran tetangganya), sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri “. (Hadis Sahih Muslim)

Bersama Menelusuri Semangat Para Syuhada..

No comments: