Thursday, August 19, 2010
Mama masuk HDU..
Perjalanan pulang ke Malaysia memang memenatkan.. apatah lagi jumlah transit yang banyak.. 3 kali kena tahan masa inspection beg...
Tetapi semua tu tak penting asalkan aku dapat jumpa mama, abah apit dan anan.. memang saat yang menggembirakan..
Tapi saat yang menggembirakan tu jadi sedih bila sampai ja penang.. mama tak ada masa sambut tu.. pergi ke kereta dan nampak mama tengah tidur dalam kereta dan keadaan dia sangat lain... muka mama nampak pucat sangat.. badan dia lemah..
selepas salam dan peluk cium mama.. aku tanya pasal apa jadi macam ni??
muka semua orang berubah..
OK now I need an explanation... WHY this happen??
Masa dalam kereta apit cakap mama baru keluar daripada hospital.. just a fews days ago..
But why?? pasal apa mama masuk hospital? sebelum ni un telefon awat hampa tak habaq apa apa pun? apit cakap takut aku distracted dan risau sebab masa tuh tengah exam.. OK thnx to that.. Alhamdulillah I passed.. ok now go back to the topic..
Mama masuk hospital sebab dia tak lalu makan dan tak tenaga langsung and then tak boleh jalan.. ada banyak corns bawah kaki dia.. lepas masuk ja hospital.. doktor amik darah dia and dapat tahu yang mama ada Chronic kidney disease (renal parenchymal disease).. lepas tengok lab report mama.. renal function test reveal creatinine level dan urea level sgt2 lah tinggi.. dan performance kidney tinggal 7% ja.. ok tinggal 7% saja? macam mana dh tinggal 7% baru detect ni?? doktor tu cakap sebab tak ambil darah sebelum ni so tak tahu lah.. habis tu yang mama dok pi jumpa dia selalu tu dia buat apa? geram nya.. apit cakap doktor tu kata cause of this kidney failure is arthritis.. arthritis leh causing kidney failure ker? ya especially rheumatoid arthritis.. n this also causing by the treatment of RA.. sebab mama sebelum ni ada RA..
sekarang mama kena dialysis seminggu 3 kali.. kesian sangat tengok dia.. dia tak boleh pergi sekolah mengajar.. kadang2 dia dok ingat student2 dia macam mana lah.. dah nak spm.. huhu..
and right now she hospitalized again.. and this because she has severe anemia.. hemolytic anemia.. BP drop, RBC drop, WBC drop, platelet drop.. huhu..
alhamdulillah.. semalam BP mama dh normal sikit dan mama kena buat blood transfusion.. disebabkan WBC drop, mama dapat infection.. iaitu fungal infection.. i ask doktor why her WBC count drop (leukopenia)? doctor cakap disebabkan ubat yang dia amik selama ni.. azathioprine (drug for RA).. benda tuh kalau long term use boleh sebabkan leukopenia.. Apsal aku tak check ubat ni ya? apsal aku x tahu? Aku dok bagi ja kat mama.. tiba2 mama jadi camni.. sedih sgt2.. semuanya disebabkan ubat and aku dok bagi dia makan... owh.. bahayanya drug ni..huhu
sekarang aku dok umah tok aku sebab mama masuk hospital lagi.. aku tak boleh nak teman sebab dia dok ICU/HDU.. depa tak bagi orang temankan.. harap mama cepat sembuh dan kembali macam selalu.. insyaAllah.. doakan mama tak hilang semangat.. dan sentiasa mengharap pertolonganNYA.. semoga Allah sentiasa bersamanya..
Wednesday, July 21, 2010
WAh.. Banyaknya kacang kekacang..
Hari ni lepas exam microb.. huhu..
aku pergi Mansyiah (satu tempat shopping barang2)..
Mencari Kacang kekacang n buah-buahan kering..
Mengapa?? Bagaimana?? Apabila?? hehe
Apsal semangat sangat nak cari kekacang ni???
SEBAB..teringin sangat and mama dan abah ada pesan suruh beli..
Dah nak balik Malaysia ni.. kan2..
Apsal x beli je kat Malaysia?
Kan banyak jer..
kat pasar malam belambak..
dari 1st jejak kaki sampai hujung ada jual..
Alah ni lah orang kata souvenir.. walaupun benda murah (murah ke?) tp orang tetap ckp..
" Ni un Beli kat Mesiq (loghat Penang) ni.. Hampa tau tak??" "ni souvenir
dari Mesiq ni.. best2..
First sekali kami pegi beli kacang pistashio (kalau kat Malaysia org panggil Kacang cerdik).. kalau kat Mesiq ni panggil Fustuq..Memang kalau makan jadi cerdik kut.. haha.. Nih yang paling sedap.. Isi dia kaler hijau.. tapi kalau nak makan kena bukak kulit sia dulu.. tuh yang cerdik kut.. sebab siapa pandai bukak baru leh makan.. haha..

lepas tuh ada roomate aku nih beli kismis.. korang semua tawu kismis kan.. dia ada macm2 jenis.. x taw nak pilih yang mana.. hehe.. bagus makan kismis nih..

kekacang yang len yang dijumpai adalah kacang gajus.. kacang ni antara kacang paling mahal kat malaysia and kat mesir pun samalah harga dia.. lebih kurang jer.. maybe sebab susah nak dapat kut..

lepas tuh kitorang beli buah buahan kering pulak.. buah aprikot kering.. yang warna kuning tuh.. kalau kat sini dia nama dia comel sgt.. mish mish.. tapi kalau real dia lagi sedap.. fuh mengancam..

jumpa buah plum kering.. sedap n manis sgt2.. hehe.. suka2..
n banyak lagi kacang kekacang spt bunduk (badam) and ain gamal, buah buahan kering n benda2 kering len seperti karkadeh (bunga raya yang dibuat teh) ada dijual di mansyiah..Thursday, July 15, 2010
This is BAD!!!
Doc: It is where are the nerve located..
1) Gigi baru nak tumbuh sebab telah mencapai umur puluhan (bajet dh matang la)..
2) Gigi ada problem...
HA!!! bila gi klinik assumption 1st kena buang.. habis peluang nak ada gigi ( kawan gigi baru).. sori gigi.. assumption kedua yang menang..
huhu.. terjadilah conversation kat atas masa kat klinik tuh.. huhu..
ok, now back to what i'm going to say here..
what is pulp and the structure of the teeth??
yang menyebabkan bahayanya kalau problem dengan teeth ni sampai ke pulp tu...
Gigi ni terdiri drpd beberapa part..
1) Enamel (mineralized part)2) Dentin ( connective tissue below the enamel)
3) Cementum
4) Pulp ( bahagian yang disebut diatas) (nerve of teeth)
Rupanya problem aku ni kecil je.. A dental caries.. cuma kalu sampai pulp tu yang bahaya tu.. Alhamdulillah.. Lepas pegi klinik, dia dh bubuh composite (sejenis dental restoration.. alah orang slalu panggil simen tuh la)..Some of the causes of this to happen:
1) Sebab teeth tu sendiri maybe acidic environment dalam mouth cavity (more than 5.5) menyebabkan part of our teeth (enamel, dentin) kita soluble sbb our teeth mainly composed of mineral..
2) oral bacteria.. eg: Lactobacillus acidophilus, Actinomyces viscosus, Nocardia spp., and Streptococcus mutans
3) Fermentable Carbohydrate.. bacteria in oral oral cavity usually convert sucrose, fructose and glucose into lactic acid in glycolytic process (fermentation process).. This high acidic medium causing demineralized of the teeth
4) the matter of time..
5) and many more predisposing factor..
How to prevent this??
1) most important is oral hygiene.. brushing and flossing properly..
2) diet modification (less sugar n snack)
3)many more
Monday, July 12, 2010
TeEn to Twenty..
dh bersawang sawang n berhabuk habuk dah aku anak timur.. sian timur..
sowi yerk.. sibuk sgt( mcm businesswoman la plak).. hehe..
x timur.. betul mula2 mmg sibuk.. pastuh x smpat n tulih pos baru sbb x der idea.. haha..
skang dh der pos baru.. jgn riso.. dh x bersawang dh.. dh cuci.. hehe..ritu kan hari 6/7 (sptutnya 7/7- muda sehari..hehe)... roomate2 aku ni lah sibuk suh siap lawa2 sbb nk g makan.. makan pa yerk??
makan chili..
x bukan cili giling mahupun serbuk cili..
tp kitorang sumer g makan 'Chilli's"..
sambil2 tenang tenangkan pikiran tgh2 xm ni.. kitorang g la makan n ni first tyme jalan dgn housemate baru... diowang nak wat suprise sambut besday aku yang.... upppsss.. dh 20..huhu... miss my teenage lyfe.. still a teenager.. x mo jadi org tua.. gigi x tumbuh g.. hihi
Housemate baru..
Nak tawu sapa???
Jeng.. jeng.. jeng... ni dia..
kembar aku.. hehe.. x adik fiza tuh (x pasal kena ketuk).. Maryam Khadijah.. housemate kitorang yang baru.. sama kan2.. we actually..dot..dot.. hehe dh merapu hehe..Thursday, August 20, 2009
mana m00d?
Wednesday, July 29, 2009
Perasaan apekah?
Barangkali kerana melihat rumah kosong..
Barangkali kerana melihat kawan2 pergi meninggalkan diri nie..
Barangkali kerana terdengar bunyi sang kipas berpusing laju..
Mungkin ni hanya mimpi atau kenyataan..
x tawu perasaan apekah?
mungkin barangkali sedang lapar..
Haha.. makanan di dapur mungkin jadi habuan si plastik sampah..
si tuan punya pergi meninggalkannya tanpa sebarang pesan..
mungkin dia juga sunyi barangkali...
Tapi ada juga suara yang sedang memanggil...
Sunyi apekah un?
Engkau x sedar barangkali..
Ada yang setia bersamamu...
Dikala sunyi engkau sering terlupa...
Fikir2kan lah..
Jangan, jangan sesekali lupa padanya..
Kerana padaNya, sunyi tidak lagi menyelubungimu...
Mode: Kenyang makan makaroni huda.. thnx huda.. sedap..
Happy coz kuar ngan Aisyah g masyiah..
Serabut pasal rumah.. huhu
Monday, July 27, 2009
Macam2 Ada..
Dengan kalam Allah yang mulia ku mula berbicara...
Setiap pelajar yang tinggal di oversea pasti akan bawa balik 'something' untuk orang tersayang mereka kat Malaysia kan..
orang cakap x salah kalau berbelanja lebih sikit untuk orang yang tersayang..
ni antara barang2 yang akan aku bawak balik Malaysia nanti.. InsyaAllah..
Family
1. Abah
- Baju Kemeja
- Baju T-shirt
- Tasbih
- Kopiah
2. Mama
- Asfour
- Jubah
- Bag
3. Anan
- T-shirt Mesir
- T-shirt Lain
-Kopiah
4. Apit
- T-shirt Mesir
- Jaket (insyaAllah dlm proses mencari)
- Kopiah
5. Maktok
- Jubah
- Asfour
6. Yan
- Asfour
- Kopiah
- Jubah (InsyaAllah)
Saudara Mara
1. Makcik2
- Jubah
2. Pakcik2
-Kopiah
3. Sepupu
- Gelang2
- T-shirt
- Tudung Mesir
4. Umum
- Kurma
- Kekacang
- Buah Tin
- Buah Aprikot
- Pyramid Kristal
- Papyrus
Kawan2
1. Asfour
2. Kurma
3. Kekacang
4. Keychain
Sekolah
1. Kurma
2. Papyrus
Doakan Un selamat sampai di Malaysia 1hb Ogos nanti...
Dan akan sampai di Penang 2 hb ogos InsyaAllah.. Kena Tunggu sehari untuk penerbangan domestik.. huhu..
Sunday, July 26, 2009
finally.. i'm packing home..
i'm back..
Hadiah2 korang bagi memang unik.. ada meaksud yang tersendiri.. thanx..
2. Thanx to Bie kerana sudi menemaniku balik nanti 1 hb ogos nanti.. aku mintak maaf kalau aku mengecewakan hati ang untuk balik awal.. sori bie.. tapi aku ada sebab2 tertentu.. huhu.. bie thanx.. aku sayang ang..
3. Thanx kepada semua kawan2 Dur 6.. Kita hidup bersama selama setahun memang bagi banyak kenangan pada aku.. Aku orang terakhir balik ke Malaysia untuk dur kita.. jadi aku dapat jumpa korang semua sebelum balik.. cuma Anis.. aku x sempat jumpa ang.. Aku mintak maaf banyak2 selama kita tinggal kat Dur 6 nie.. THANX to ALL DUR 6.. Thanx to dib (my roomate), asma, saibah, keynah, manju, nisah, yusma, zahirah, feq, madi, hajar, faz, dibah, anis, areqa, farhana, ayu, aisyah, munira, jibah, hum kerana bagi banyak sangat pengajaran n kenangan pada aku.. korang mengajar erti ukhwah pada aku.. THANX semua..
Doakan aku berjaya naik Tahun 2 Sebagai pelajar Medix Iskandariah, InsyaAllah..
Jumpa korang bila balik Mesir nanti pada bulan 10.. InsyaAllah...
Friday, July 3, 2009
Auto Shut Down.. Boom!!


Bye2..
Monday, June 29, 2009
Exam Fever~~

Wednesday, June 24, 2009
Punya Kawan..

Sunday, June 21, 2009
Kebahagiaan si pendownload tegar..
Terdengar gelak tawa dan bunyi si mesin pengisar...
Mengisar pelbagai bahan untuk di jadikan juadah pada malam esoknya..
Terdengar juga bunyi pisau sedang menghentak2 papan pemotong..
Irama yang begitu syahdu..
Teringat kembali di malam raya...
Lantas beg merah dibuka...
Mengeluarkan isinya iaitu sekeping benda hitam..
Benda hitam disambungkan ke plug..
Lalu terpancar cahaya yang sudah sekian lama kelam..
Internet Connected: MALAY-F6
Bestnyer..
Perasaan x dapat digambarkan..
Persambungan Kembali dengan dunia luar..
Akhirnya......
Thursday, June 4, 2009
G.P.?? Kaukah tu??
Tuesday, June 2, 2009
TrAuMA !!
Rumah kelihatan sunyi...
Apa pasal???
Imtihan tengah hari nie la..
Semua tengah mengadap buku la tuh..
tak kan tv kut..
Terasa dipaksa..
Paksaan menerjah nerjah..
Bacaan belum selesai..
Hati berat..
Tapi digagahi juga..
Tahu dia menunggu.. (cadaver) (kelas prac Anat)
Rindu padanya jua..
Kaki dilangkahi dengan cepat..
Seorang diri.. tanpa sebarang teman..
Di persimpangan..
Kedai A'sir melambai lambai dari sebelah sana..
Kaki terus melangkah..
Sampai pertengahan jalan...
Seperti biasa..
Tips pertama yang diajar diguna pakai..
Tips:
1. Sewaktu melintas jalan di Mesir, Jangan sesekali Anda berpatah balik.. Anda perlulah move forward.. terus saja kerana kenderaan akan menjaga Anda..
2. Kalau ternampak orang Arab hendak melintas, hendaklah Anda mengikut mereka melintas bersama.. kerana mereka lebih PRO..
3. Anda tak payah penat2 nak cari lampu isyarat mahupun jejantas untuk melintas.. kerana di sini, lampu isyarat hanya memberi isyarat tetapi tiada siapa yang ikut..
Malangnya...
Tips yang dibeli..
Dijual pada waktu yang salah..
Situasi Pertama..
Sebuah lembaga biru..
Nama jolokan BMW..
Yang meluncur laju..
Terpaksa menekan brek kecemasan..
Situasi Kedua..
Satu tubuh manusia..
Terpaksa melakukan aksi Lompat Jauh..
Ke penjuru jalan yang berdekatan..
'Flight and fight situation' berlaku..
Situasi pertama dan kedua bertembung..
Syukur pada Yang Esa..
Hanya kaki manusia dan lampu sisi lembaga biru yang bertembung...
Menyebabkan tubuh manusia jatuh ke penjuru jalan..
Pain receptor menghantar isyarat ke neuron dan ke otak..
Aduh sakit...
Pakaian disapu-sapu..
Tiada bahagian yang koyak..
Syukur..
Pemandu BMW yang begitu prihatin..
Bertanya-tanya jika ada kecederaan..
Malu menguasai diri..
Sakit yang dirasakan dikatakan OK..
Terus bangun..
Sambung perjalanan ke Kuliah Tibb..
Dalam perjalanan muhasabah diri..
Sambung bacaan dalam perjalanan..
Cadaver menungguku..
Jom ke Kelas Anat..
Moral of the story:
1. Jangan cuai.. Nanti memakan diri sendiri..
2. Di Malaysia, Kita diajar cara melintas jalan dengan berhemah.. Peraturilah.. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang..
3. Setiap perkara yang berlaku pasti ada Hikmahnya yang tersembunyi.. Mungkin perkara ni akan mematangkan seseorang.. ataupun memberi pengajaran pada seseorang.. Harap perkara yang berlaku dapat memberi iktibar dan pengajaran di masa hadapan.. insyaAllah..
4. Bersyukur di atas nikmat yang diberikan Allah.. iaitu nikmat Islam dan nikmat sihat.. Ingatlah lima perkara sebelum Lima perkara... sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit.. Hidup sebelum Mati..
Moga setiap perkara yang berlaku pada hari ini, dijadikan panduan dan pengalaman hidup bagi menempuh liku2 hidup di masa depan kelak.. insyaAllah..
Semua yang baik datang daripada Allah.. apa yang buruk, datang dari diri saya sendiri..
Apa yang baik dijadikan panduan, Apa yang buruk dijadikan teladan.. Assalamualaikum..
Thnx for being such a wonderful Friends to me..
Monday, June 1, 2009
Senyap jer!!
Suka duka dan gelak tawa bermain2 riang di kepala..
Lalu bangun dan pergi menjenguk jiran di tingkat yang sama..
Pintu jiran dibuka dengan cepat..
Penghuninya belum dibuai mimpi walaupun malam sudah petang..
Masing2 memegang buku dengan erat dan menelaah..
Terdapat banyak buku berselerakan di mana2...
Menarik nafas..
Lalu..
Ucapan diberi kepada semua..(Selamat Ulangtahun Pertama Persahabatan)
Semua terkesima..
Kelihatan Ucapan dibalas dengan senyuman..
Gembira tanpa kata2..
Masing2 memikirkan status YM..
Kemudian kembali dengan bacaan semula..
Malam kembali sunyi..
Kembali ke bilik..
Senyum sendirian..
Menyambung bacaan sehingga tertidur..
NOTE: Moga Ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya.. InsyaAllah.. UKM in Memory..
Rabbuna Yunaggah untuk Exam integrated esok..
Rindu kawan2 di Malaysia... Pish, Mira, Syikin, Che nad, Jan n Eza..
Adakah korang rindu pada aku juga?? huhu
Wednesday, May 27, 2009
~Palestine Evergreen~
Bersyukur kerana masih dalam nikmat Islam dan Iman..
Untuk maklumat lanjut tntang kempen: http://palestineevergreen.blogspot.com/

Anjuran: Jabatan Bendahari Perubatan Cawangan Iskandariah
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA:
“Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau (sebelum dia kasihkan jiran tetangganya), sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri “. (Hadis Sahih Muslim)
Bersama Menelusuri Semangat Para Syuhada..
Friday, May 15, 2009
Sanah Helwah Ya Hajar..
Juz nak wish selamat hari lahir Hajar..
Semoga ceria selalu.. Harap jadi insan yg lebih matang.. insyaAllah..
Dah lama perkenalan kita nie.. dari sekolah menengah smpai ke Alex nie..
Dulu selalu naik bas sama2 ms skolah.. kadang2 teringat sekolah.. rindu zaman sekolah dulu.. rindu cikgu2, kawan2.. yg paling x leh lupa kenangan masa kat skolah dulu lah.. hehe.. ang suka ty kat ak byk soalan smpai ak x taw nk jawab..huhu.. ang mmg rajin.. smpai ke perhimpunan pun ang ada soalan nak ty.. kalu teringat balik.. mmg pastut la ang dpt result excellent kalau nk dibandingkan ngan ak.. haha.. tuh semua dulu.. kenangan zaman muda.. haha sekarang ang dh tua.. ak muda g.. kih2..
n then ke tempat persediaan yg sama.. kat UKM buat persediaan arab..roomate lak tuh.. haha.. sn ak baru blajar nek bas express.. sblm ni mn penah nak nek bas.. sumer apa apa mak n ayah.. ak balik ngan sapa?? ngan hajar jugak..kalu x tiap2kali nk balik kena la mak n abah mai amik un.. situ mn ada budak penang kat UKM yg nak balik skali.. hehe.. ang la.. ada skali tuh ingt x ms kita nk balik.. cuti seminggu dr Rahim Kajai.. ang demam masa tuh.. risau ak.. sebab dlm bas ang menggigil smpai la Penang.. haha.. ak x taw nk wat cmna.. sbb masa tuh ak x jadik doc g..haha.. ak tgk ja ang tnpa wat papa.. juz tarik ja sweater ang tuh.. sian ang masa tuh.. sori sangat2 yerk...
n then sampai sini ke bumi Mesir ni pown skali.. hehe.. ntahlah.. sn mybe ak x paham sgt ang.. mybe sbb ang dah x sm section, kuliah n bilik skali kut.. jadik.. tp papown kalau x dak ang, saby.. x der la owg ak nk kongsi pengalaman nagan ak masa skolah2 dulu...
Lastly..
SANAH HELWAH HAJAR..
Happy coz Allah give a Friends like u.. semoga sukses slalu..
Bakal2 doc.. InsyaAllah..
Wednesday, May 13, 2009
Masaku berlalu !!
Assalamualaikum..Life goes on.. and TIme goes by..
Ak masih disini.. Menanti tibanya hari yg dinanti..
InsyaAllah hari tu akan tiba..
Sedang diri ku sibukkan dengan masa yg kuhabiskan..
Dan ku tahu masa yg lepas x akan kembali..
Dan masa yg akan datang terus menerus menerjah sehingga x daya ku hentikan..
TApi ku ingin masaku yang lalu kembali..
Tapi hatiku x sabar menunggu tibanya hari nanti..
Jadi apa yg perlu ku lakukan..
Agar kedua2nya x ku siakan..

Benda yg perlu dilaksanakan sblm tibanya hari climax sibuk..
1. Siapkan semua assignment yg melambak kat atas kat katil.. (biochem, histo, PBL n tmbahan physio n anat- akan tiba)
2. Study jgn tinggal.. tp rasanya dh banyak tinggal..huhu..
3. Hentikan addicted pada movie buat sementara waktu.. ( yg baru download tg jap erk)
4. Kurangkan lawatan dan pemantauan ke bilik2 jiran... ( sbnrnya nk bagi peluang korang mlawat ak..hehe)
5. Kurangkan tidur..(susah nie..)
6. Kurangkan lawatan ke dapur untuk mencari makanan.. (dlm usaha) (dh cuba dulu- tp x berjaya)
7. Jgn tangguh2 kalu nak cuci bilik or basuh baju..(serang kalu mesin basuh empty)
8. Jangan cakap ja.. kena buat..

Mudah mudahan sentiasa istiqamah dalam apa jua yg dilakukan.. insyaAllah..
Sunday, April 12, 2009
Aku Dan Bantal..
1) Memeluk Bantal
Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.
Mereka mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan,muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi.
Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan.
Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik.
Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat ego.
Mereka juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2.
Mereka tidak suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yg sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
Bantal oh bantal!! Tidurku takkan sempurna tanpamu!!
Bagaimana kita tidur dan bagaimana kita berkomunikasi dengan bantal adalah hak individu.. jadi just bagi info n have fun.. tidur yang cukup dan bukan berlebihan dapat memberi tenaga yang maksima untuk hari esoknya..
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:
"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Tidur dan rehat yang berpatutan adalah ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Tapi ingat jangan pulak tidur berlebihan..
Tulis post nie.. tiba2 teringat akan Panjang.. Apa Panjang buat sekarang yerk?? macam mana keadaan Panjang sekarang yerk.. Tukar selalu x baju baru?? hehe.. rindu sgt dengan panjang yg jauh nun di Malaysia.. Panjang walaupun kita dipisahkan oleh dua benua yang berbeza, ku akan bawa kamu nanti ke sini.. Agar kau tahu betapa jauh jarak yg memisahkan kita selama ni..hehe.. Panjang jangan nakal2 taw.. dengar pesan anan.. haha nanti anan dh g asrama mesti panjang dok sowang2 kan.. x per2 nanti un balik yerk..
Post nie khas untuk Baby yg dh nak meningkat umurnya esok n Panjang yg skang dh umur berpa.. rasanya dh 4 tahun kan.. tul x panjang??.. Sanah Helwah ya Gamil tuk Baby.. hehe.. Jangan nakal2 taw nanti.. Baby dh besar..








