Rumah kelihatan sunyi...
Apa pasal???
Imtihan tengah hari nie la..
Semua tengah mengadap buku la tuh..
tak kan tv kut..
Terasa dipaksa..
Paksaan menerjah nerjah..
Bacaan belum selesai..
Hati berat..
Tapi digagahi juga..
Tahu dia menunggu.. (cadaver) (kelas prac Anat)
Rindu padanya jua..
Kaki dilangkahi dengan cepat..
Seorang diri.. tanpa sebarang teman..
Di persimpangan..
Kedai A'sir melambai lambai dari sebelah sana..
Kaki terus melangkah..
Sampai pertengahan jalan...
Seperti biasa..
Tips pertama yang diajar diguna pakai..
Tips:
1. Sewaktu melintas jalan di Mesir, Jangan sesekali Anda berpatah balik.. Anda perlulah move forward.. terus saja kerana kenderaan akan menjaga Anda..
2. Kalau ternampak orang Arab hendak melintas, hendaklah Anda mengikut mereka melintas bersama.. kerana mereka lebih PRO..
3. Anda tak payah penat2 nak cari lampu isyarat mahupun jejantas untuk melintas.. kerana di sini, lampu isyarat hanya memberi isyarat tetapi tiada siapa yang ikut..
Malangnya...
Tips yang dibeli..
Dijual pada waktu yang salah..
Situasi Pertama..
Sebuah lembaga biru..
Nama jolokan BMW..
Yang meluncur laju..
Terpaksa menekan brek kecemasan..
Situasi Kedua..
Satu tubuh manusia..
Terpaksa melakukan aksi Lompat Jauh..
Ke penjuru jalan yang berdekatan..
'Flight and fight situation' berlaku..
Situasi pertama dan kedua bertembung..
Syukur pada Yang Esa..
Hanya kaki manusia dan lampu sisi lembaga biru yang bertembung...
Menyebabkan tubuh manusia jatuh ke penjuru jalan..
Pain receptor menghantar isyarat ke neuron dan ke otak..
Aduh sakit...
Pakaian disapu-sapu..
Tiada bahagian yang koyak..
Syukur..
Pemandu BMW yang begitu prihatin..
Bertanya-tanya jika ada kecederaan..
Malu menguasai diri..
Sakit yang dirasakan dikatakan OK..
Terus bangun..
Sambung perjalanan ke Kuliah Tibb..
Dalam perjalanan muhasabah diri..
Sambung bacaan dalam perjalanan..
Cadaver menungguku..
Jom ke Kelas Anat..
Moral of the story:
1. Jangan cuai.. Nanti memakan diri sendiri..
2. Di Malaysia, Kita diajar cara melintas jalan dengan berhemah.. Peraturilah.. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang..
3. Setiap perkara yang berlaku pasti ada Hikmahnya yang tersembunyi.. Mungkin perkara ni akan mematangkan seseorang.. ataupun memberi pengajaran pada seseorang.. Harap perkara yang berlaku dapat memberi iktibar dan pengajaran di masa hadapan.. insyaAllah..
4. Bersyukur di atas nikmat yang diberikan Allah.. iaitu nikmat Islam dan nikmat sihat.. Ingatlah lima perkara sebelum Lima perkara... sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit.. Hidup sebelum Mati..
Moga setiap perkara yang berlaku pada hari ini, dijadikan panduan dan pengalaman hidup bagi menempuh liku2 hidup di masa depan kelak.. insyaAllah..
Semua yang baik datang daripada Allah.. apa yang buruk, datang dari diri saya sendiri..
Apa yang baik dijadikan panduan, Apa yang buruk dijadikan teladan.. Assalamualaikum..
Thnx for being such a wonderful Friends to me..





